Eli, seorang pelajar Autistic telah dihantar ke sekolah menengah 'mainstream' selepas lulus peperiksaan PSLE di 'Special School'. Eli yang pendiam cuba menyesuaikan diri, namun pengalamannya yang sering dibuli di sekolah membuatnnya banyak menyendiri.
Shaheed, teman sedarjah Eli, merasa simpati dan cuba untuk berkawan dengannya. Ini menimbulkan rasa kurang senang pada diri Hairol yand mengdapati Eli seorang yang pelik. Hairol merasa iri terhadap hubungan baik Shaheed dan Eli.
Setiap kali Shaheed membawa Eli bersama ke tempat biasa dimana Shaheed dan Hairol selalu berjumpa. Hairol akan mengelak dengan memberi berbagai-bagai alasan. Hairol tidak suka pada Eli dan merasan Eli telah 'mencuri' teman baiknya Shaheed. Shaheed cuba menerangkan keadaan Eli pada Hairol.
Mungkinkah Hairol dapat menerima keadaan dan kehadiran teman barunya itu?
|