Teater_KAMi's posts with tag: atin amat

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag atin amat
Photo AlbumRomzi & Juleha (89 photos)Jul 2, '08 4:51 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
8 More Days to opening of ROMZI & JULEHA!
Get your tickets at www.sistic.com.sg or any SISTIC outlet.

Venue: Esplanade Theatre Studio
Duration: 2 hrs
Date: 12 & 13 July
Time: 3pm and 8pm

Blog EntryCast Line-UpJun 6, '08 2:30 PM
for everyone

Cast Line-Up for Romzi & Juleha (not in order of appearance)

 

Shahril A. Wahid

Sheba Rai

Md. Adib Kosnan Siran

Firdaus A. Rahman

Mahadi Jamaludin

Dalifah Shahril

Keatar HM

Suhaila Md. Sanif

Muhammad Hazriq Idrus

Shasha Ya’kob

Joe Lazarie Rachmatt

Anwar Hadi Ramli

Ibrahim Hashim


Blog EntryBuat Para PelajarMay 29, '08 11:22 PM
for everyone

Kisah Cinta Romzi dan Juleha adalah adaptasi sastera Romeo and Juliet karangan Shakespeare. Walaupun telah banyak kali naskah asal telah diolah mahupun diterjemah, Kisah Cinta Romzi dan Juleha mempunyai perbezaan yang menarik. Adaptasi ini berlatar belakangkan Singapura pada tahun 1950, di daerah Beach Road, Minto Road dan Bussorah Street. Romzi, orang Bawean dan Juleha, orang Jawa terpisah kerana perbezaan adat. Mereka cuba memperjuangkan cinta mereka tetapi berakhir dengan kematian. Tempias dari tragedi Nadra (Maria Hertogh) juga dipaparkan dalam persembahan ini.

Para pelajar dapat mempelajari beberapa perkara dalam Kisah Cinta Romzi dan Juleha:

n   cara kehidupan bermasyarakat orang-orang pada tahun 1950an

n   perbezaan budaya dan adat-resam orang-orang Bawean dan Jawa

n   pengenalan kepada seni bangsawan (extra-turn), pancaragam, budaya joget moden serta filem dan lagu-lagu era 40an hingga 50an

n   penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang ada terselitnya loghat Bawean dan Jawa

n   sedikit sejarah peristiwa Nadra

 


Blog EntryAKAN DATANG: ROMZI & JULEHAMay 25, '08 12:04 PM
for everyone

Romzi Juleha kekasih muda
Terpaut hati pandang pertama
Jalinan mesra bantahan keluarga
Disebab oleh telingkah lama

Cikgu Karman berilmu dihormat

Dipandang tinggi masyarakat setempat

Juleha si dara anak keempat

Harapan tinggi Tengku Pauzi disemat

 

Romzi anak Pak Lurah Masnawi

Budi-bahasa tidak terperi

Kasih sayangnya disalah erti

Tahjudeen membara menjadi api

 

Adaptasi dari karya Shakespeare – Romeo and Juliet, Kisah Cinta Romzi dan Juleha membawa kita kembali ke zaman lima puluhan di mana ijab dan kabul selalunya hak keluarga. Adat puak dijunjung, nama keluarga disanjung, cinta seperti kasih Laila dan Majnun tidak kesampaian. Ini bukan hanya kisah cinta – kenali juga adat resam, budaya tahun-tahun lima puluhan dan kehidupan sesudah perang.
Ketawa dan menangis bersama dalam

Kisah Cinta Romzi dan Juleha.

Pengarah        : Atin Amat
Adaptasi         : Denhasan
Genre              : Drama Romantik Tragedi Komedi
Durasi             : 2 jam
Sasaran           : Peringkat Menengah & Dewasa

 

Tarikh:

12 Julai 2008 – 3 ptg and 8 mlm
13 Julai 2008 – 3 ptg and 8 mlm

 

Tempat:

Esplanade Theatre Studio

 

Harga:

$19.00 (Pelajar – termasuk $1 SISTIC surcharge)
$28.00 (Dewasa – termasuk $3 SISTIC surcharge)

 

Sekolah-sekolah boleh menggunakan geran seni TOTE Board untuk mendapatkan potongan harga sehingga 60% dari harga tiket biasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian SISTIC 6348 5555 atau lungsuri lelaman www.sistic.com.sg.


Blog EntryKata Atin AmatMar 7, '08 11:57 AM
for everyone

ATIN AMAT

 

Tujuan aku mengangkat naskah “Mayat” karya Sdra.Hatta Azad Khan untuk dipentaskan kembali adalah atas dasar kekuatan naskah itu sendiri. Isu yang dikemukakan, biarpun   ditulis pada lewat tahun tujuh pulohan ternyata masih berkesan untuk diperkatakan buat masa kini terutama isu “Hota”  yang sekarang ini hangat diperkatakan oleh masyarakat melayu Islam Singapura. Secara kebetulan sebenarnya!  Aku bukannya nak mengambil kesempatan tentang isu “Hota” untuk melariskan penjualan tiket!  Aku memang teruja dengan naskah ini sejak aku mula berjinak-jinak dengan dunia teater. Naskah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Terutama dailog-dailog yang di susun amat bersahaja tetapi lojik dengan persoalan-persoalan yang relevan dan rasional. kita dapat melihat kematangan pemikiran penulisnya dalam mengemukakan isu kekurangan tanah perkuburan dan akibat-akibatnya juga isu menderma organ-organ tubuh badan manusia sebagai barang ganti, sebagai satu perniagaan yang amat menguntungkan, juga ketelusan satu ikatan persahabatan dengan cara penyampaian yang amat bersahaja dan menghiburkan.

 

Naskah ini aku pilih, juga kerana aku ingin mencuba mengarah sebuah naskah yang bercorak “absurd” yang tidak pernah aku arahkan sebelum ini. Dengan bermodalkan keadaan empat sahabat yang ditempatkan secara jelas di suatu pagi yang dingin, dibahagian luar rumah buruk disatu kawasan rumah-rumah haram. Dengan tiada ketentuan masa, tahun ataupun zaman walaupun beberapa isyarat dalam “Mayat” mengizinkan aku menempatkan keadaan empat sahabat yang berkenaan dalam suatu masa yang akan datang!

 

Aku ghairah untuk mengarahkan “Mayat” demi memberi kesempatan pada audience  masa kini untuk menonton salah satu naskah terbaik yang telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan. 


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.