Teater_KAMi's posts with tag: halimah jaafar

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag halimah jaafar
Blog EntryKata Atin AmatMar 7, '08 11:57 AM
for everyone

ATIN AMAT

 

Tujuan aku mengangkat naskah “Mayat” karya Sdra.Hatta Azad Khan untuk dipentaskan kembali adalah atas dasar kekuatan naskah itu sendiri. Isu yang dikemukakan, biarpun   ditulis pada lewat tahun tujuh pulohan ternyata masih berkesan untuk diperkatakan buat masa kini terutama isu “Hota”  yang sekarang ini hangat diperkatakan oleh masyarakat melayu Islam Singapura. Secara kebetulan sebenarnya!  Aku bukannya nak mengambil kesempatan tentang isu “Hota” untuk melariskan penjualan tiket!  Aku memang teruja dengan naskah ini sejak aku mula berjinak-jinak dengan dunia teater. Naskah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Terutama dailog-dailog yang di susun amat bersahaja tetapi lojik dengan persoalan-persoalan yang relevan dan rasional. kita dapat melihat kematangan pemikiran penulisnya dalam mengemukakan isu kekurangan tanah perkuburan dan akibat-akibatnya juga isu menderma organ-organ tubuh badan manusia sebagai barang ganti, sebagai satu perniagaan yang amat menguntungkan, juga ketelusan satu ikatan persahabatan dengan cara penyampaian yang amat bersahaja dan menghiburkan.

 

Naskah ini aku pilih, juga kerana aku ingin mencuba mengarah sebuah naskah yang bercorak “absurd” yang tidak pernah aku arahkan sebelum ini. Dengan bermodalkan keadaan empat sahabat yang ditempatkan secara jelas di suatu pagi yang dingin, dibahagian luar rumah buruk disatu kawasan rumah-rumah haram. Dengan tiada ketentuan masa, tahun ataupun zaman walaupun beberapa isyarat dalam “Mayat” mengizinkan aku menempatkan keadaan empat sahabat yang berkenaan dalam suatu masa yang akan datang!

 

Aku ghairah untuk mengarahkan “Mayat” demi memberi kesempatan pada audience  masa kini untuk menonton salah satu naskah terbaik yang telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan. 


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.