Helzie mula bergiat dalam bidang teater ketika menuntut Tahun akhir pengajian (2004) di Politeknik Temasek, bersama Teater Titisan Temasek. Pada tahun yang sama, Helzie telah diberi kesempatan oleh Teater Titisan (Majlis Pusat) untuk bergiat di dalam program teater dalam pendidikan ke sekolah-sekolah. Beliau terus diundang untuk mencari pengalaman menerusi produksi ‘Arty Farty Festival’ oleh Teater Titisan 9Majlis Pusat) dan ‘Bikin I’ oleh Teater Ekamatra.
Helzie kemudian bergiat bersama Teater Kami menerusi ‘Projek Remaja Kami’ pada akhir tahun 2006 > Tekong Highway – From Salabin to Ayer Samak – arahan Anwar Hadi Ramli 2007 > Program pendidikan ke sekolah-sekolah, Perhiasan Kaca – Arahan Atin Amat, Al-kisah Jakun & Tengek – arahan M. Fadlin S, Balada Tun Fatimah – Arahan Atin Amat dan Wayang Betullah dan Campur Satu – arahan Anwar Hadi Ramli.
Pada mulanya, saya rasa agak senang dengan watak yang saya diberi tetapi, setelah beberapa latihan, saya baru dapat merasakan bahawa sungguh susah untuk menjiwai watak ini kerana saya tak pernah mati dan tak ada mayat yang masih hidup yang boleh saya meminta tolong, dalam segi perwatakan, daripadanya.
-Hilsham Helzie-