Teater_KAMi's posts with tag: perhiasan kaca

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag perhiasan kaca
Photo AlbumPerhiasan Kaca (29 photos)May 10, '07 10:59 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
PERHIASAN KACA

Arahan Atin Amat
26-31 Mac 2007

Perhiasan Kaca ialah adaptasi karya Tennessee Williams yang bertajuk The Glass Menagerie. Naskah ini dihasilkan pada tahun 1944 dan dibukukan pada tahun 1945. Perhiasan Kaca adalah sebuah drama Tragedi-komedi. (dramedy)

Tragedi yang dipapar merupakan satu tamparan besar apabila impian yang diharapkan hancur setengah jalan. Segala impian Aminah untuk masa depan anak-anaknya terutama Zahara tidak tercapai setelah usaha menghantarnya ke kelas menaip menemui kegagalan disebabkan sikap rendah diri yang begitu menebal dalam diri Zahara. Kegagalan Zahara telah mendorong Aminah mengambil jalan mudah untuk menjamin masa depan Zahara iaitu dengan mengahwinkannya. Namun segala rancangan dan usaha yang telah diatur ini kecundang juga kerana tamu yang diundang telah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Unsur komedí yang terselit dalam karya ini akan diketenghkan melalui kekuatan dialog dan situasi yang boleh membuat mengeletek emosi penonton .

Adaptasi pertama bagi drama Perhiasan Kaca telah diolah oleh dramatis Malaysia Allahyarham Mustaffa Noor pada awal tahun 1980’an. Lut Ali seorang pengarah mapan dari Ekamatra pernah mengarahkan drama ini pada tahun 1993. Kali ini, Pengarah Artistik Teater Kami, Atin Amat, yang pernah memegang watak ibu dalam dramedy ini, akan mengarah dan mengolahkannya untuk disesuaikan dengan latar belakang Singapura pada tahun 1960’an. Tujuannya untuk memesrakan pemahaman dan pengetahuan para penonton Melayu generasi kini tentang kehidupan masyarakat Melayu waktu itu. Biar pun naskah asal telah dihasilkan pada tahun 1944 namun persoalan yang dikemukakan merupakan persoalan sejagat dan relevan sehingga kini.

Butir-Butir Pementasan:

Tarikh: 26-31 Mac 2007

Masa: 3 petang (26-31 Mac 07)
8 malam (30-31 Mac 07)

Tempat: Teater Kami Black Box One-Two-Six Cairnhill Arts Centre, 126 Cairnhill Road, S229707

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.