Teater_KAMi's posts with tag: teman
|  | Theatre-in-Education (TIE) atau Teater-Dalam-Pendidikan ialah suatu persembahan yang tidak pasif dimana penonton disuruh melihat pandangan dan fikiran orang lain, dan menghormati setiap pandangan.
Pra-aktiviti: Program yang interactif seperti permainan kenal-suai dan ‘role-playing’ akan diadakan
Persembahan: Sebuah pementasan pendek akan dipersembahkan. Isu-isu tentang masalah remaja atau sosial akan ditengahkan.Lazimnya, pementasan ini tidak ada rumusan. Penglibatan para pelajar akan berbincang dan menganalisa isu yang telah ditengahkan. Dengan ini, meluaskan dan menajamkan pemikiran mereka.
Pos-aktiviti: Perbincangan akan diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar mengetengahkan pendapat mereka.
|
|  | Eli, seorang pelajar Autistic telah dihantar ke sekolah menengah 'mainstream' selepas lulus peperiksaan PSLE di 'Special School'. Eli yang pendiam cuba menyesuaikan diri, namun pengalamannya yang sering dibuli di sekolah membuatnnya banyak menyendiri.
Shaheed, teman sedarjah Eli, merasa simpati dan cuba untuk berkawan dengannya. Ini menimbulkan rasa kurang senang pada diri Hairol yand mengdapati Eli seorang yang pelik. Hairol merasa iri terhadap hubungan baik Shaheed dan Eli.
Setiap kali Shaheed membawa Eli bersama ke tempat biasa dimana Shaheed dan Hairol selalu berjumpa. Hairol akan mengelak dengan memberi berbagai-bagai alasan. Hairol tidak suka pada Eli dan merasan Eli telah 'mencuri' teman baiknya Shaheed. Shaheed cuba menerangkan keadaan Eli pada Hairol.
Mungkinkah Hairol dapat menerima keadaan dan kehadiran teman barunya itu? |
| |
|